Tuesday 17 July 2018

Trip Santai

Konvoi Thailand
Konvoi kapcai ke Ao Nang, Krabi Thailand.

  Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Catatan kali ini akan membawa kami ke Krabi Thailand dengan menunggang moto kesayangan.....aummmmm.......
Krabi tempat yang menarik dan cantik, pantai dan pulau sekitar yang menarik membuatkan kami teringin nak pergi juga. Walaupun percutian ni 3 hari jer, dari tarikh 8hb-10hb Nov 2015 jadi kami xsempat nak pusing habis ronda pekan Krabi n Ao Nang. So kat sini aku ringkaskan tentatif program kami, kalau-kalau ada nak pergi dengan transport sendiri. Jemput baca..


ALOR SETAR-KRABI (430KM)







Plan nak ride ke Krabi ni masa bulan 9 2015, saja sembang2 kosong, then ada geng2 yang nak ride n sanggup ride dengan kapcai , so kita setting la bagi jadi. Ada masa lebih kurang 2 bulan lagi nak ride pergi, kena buat pilihan jalan dulu ikot GPS n kata2 otai yang selalu ride dengan motor ke sana. Kalau ikot kata otai, nak sedap ride santai2 jalan xsibuk, they all suggest ikot masuk Thailand border Wang Kelian Perlis. So aku buat keputusan, masuk ikot Wang Kelian, keluar nanti ikot border Bukit Kayu Hitam Kedah. Dapatla pusing2 area South Thailand walaupun sikit2 jer. haha.

Kalau ikot bab minyak average +-RM35 jer sehala.(as at November 2015). Memang la jimat dah ride santai, 90-100km/j  jalan raya route wang keliang -Trang best n cantik, santai, tak banyak lori memang xtekanan, siap boleh layan2 corner lagi.
Banyak pula tulis, orang bukan nak baca sangat pon, ni ha dokumen2 n prosuder nak cross border dengan kenderaan sendiri:


Passport
Geran Motosikal/asal atau copy (tolong sign dekat pemunya berdaftar tu yer..)
Surat Kebenaran Pemilik berdaftar (Kalau kenderaan tu nama orang lain, yang nak bawa tu orang lain, so kena buat surat rasmi tulis dalam English, kebenaran pemilik membenarkan penunggang untuk ke Thailand kepada Royal Thai Custom)
Insurans (kena bawa geran copy. RM17 utk motosikal 150cc ke bawah, RM15 utk cc 150 ke atas, mungkin Thailand xnak bagi kapcai masuk kot,huhu)
White Card (Boleh ambil kat kedai yang jual insurans tu)
Dokumen no. 4 n 5 tu saudara Syed telah uruskan seminggu lebih awal di pekan Changloon di kedai2 tepi jalan tu bersepah ada, boleh beli awal so urusan nak masuk nanti lebih lancar.



Day 1 (Wang Kelian- Ao Nang) 8hb Nov. 2015
Kami bertolak dari Alor Setar pukul 5:30am, berhenti solat Subuh di masjid Mergong dulu.

(Gambar ni lepas solat siap2 nak gerak ke Wang Kelian, aku dah cuba rotate gambar ni, tapi bila paste dekat sini tetap jadi berpusing macam ni ha./)







Selepas semua peserta dah get ready, kami pon bertolak ke Wang Kelian dalam pukul 6.50am jugak ler. Time ni cuaca agak2 sejuk pagi, so ride santai2 dalam pukul 8.00am sampai wang kelian. Sunyi sepi, naik bukit wang kelian pagi2 berkabus, sejuk dan banyak corner, sharp curve paling tajam tu ada bus rombangan pernah junam masuk gaung awal tahun 2015 ari tu, agak bahaya kena hati2 kat sini. Sampai ja terus parking kat Caltex wang kelian, lebih kurang 2km lagi nak sampai border.
Tudia, dah sampai sini pingang pon kebas dah sikit2, terus perot jadi lapar, keadaan berkabus di wang kelian, isi minyak RON97 Full tank!
Isi minyak fulltank LC 4Liter ja, boleh dapat busuk2 150km jarak kalau ride santai.Tiap sorang bawa minyak spair 1 tong!. Tapi tepi2 jalan kat sana every 100km mesti ada 1 or 2 stesyen minyak, so tak payah risau lah. Cuma harga berbeza-beza n kualiti xsama. Ada RON 91,95,98 pon ada.  Lepas isi perot moto, misi mencari breakfast!
Parking jap depan kedai Nasi lemak panas2 ni, Tengah dok ejas parking tiba2 ada Babi Hutan lintas @#!&*%
Harga ok, masak sedap selesai makan kami pon bergerak ke border. Dokumen dah ready, Border buka pukul 8 pagi, so kami sampai kat border pukul 8.45am. orang xramai sangat, sepatotnya ramai lah dah hari Ahad, tapi orang xberapa ada. Parking tepi, pergi selesai urusan dokumentasi dulu.
Syed danial bergambar dulu sebelum tinggalkan Malaysia. nampak bayang2 yusran disitu.






Declare form geran motosikal, Syed plak vape on. stedy. yusran pun tumpang sekaki.
Time ni orang dah mula berpusu pusu masuk, dah mula nak ramai. Nasib kami sampai awal, kalau tak berbaris panjang juga la. Selesai urusan border pukul 09:30am. Siap2  gerak terus ke perhentian seterusnya Trang. Sebelum sampai Trang  berhenti untuk isi minyak cuma sekali sahaja. Jalan cantik sedap layan corner, dalam pukul 12pm kami sampai pekan Trang 170km dr wang kelian.. Agak sibuk. berhenti rehat, isi minyak,perot,kencing, basuh muka dulu. haha. cuaca baik, tak hujan, panas jer. lepak2 rest sebelum bergerak ke checkpoint seterusnya.
Isi minyak di stesyen PTT. Kalau berhenti sini kedai 7E mesti ada, dapat la alas2 perot apa yang patot.
Kami rehat 30 minit, teganggkan urat2 dan sendi, terus bergerak ke perhentian seterusnya...
Hentian seterusnya adalah Wang wiset. Kami ride dalam 1 1/2jam sampai wang wiset, atas siket dari wang wiset ada stesyen PTT, isi minyak situ, dan rehat. Tak da gambar kat sini, letih ride, dalam otak dok pikir nak cepat sampai ja, rehat 30 minit dan terus bergerak ke krabi.

Setelah sekian beberapa jam ride, akhirnya sampai juga Krabi. Pekan Krabi xda apa sangat lebih kurang Alor setar  ja.
Yang penting gambar sign board dulu.. Baru lepas hujan xpanas sangat.
Kami sampai pekan Krabi lebih kurang pukul 4:00pm. Kat sini xda berhenti, target nak sampai Ao Nang sebelum pukul 05:30pm. Dari sini nak ke Ao Nang dalam 20km lagi. Tak jauh dah. Ride pelan2 xbole pecut sebab kenderaan sini suka uturn xhiraukan konvoi2, ikot sedap depa jer. Sebelum mai sini, otai pesan kes2 SBK yang banyak excident punca speed dekat area2 uturn ni lah.
Sebelum sampai aku set location kat GPS hotel yang telah di booked awal, so dah xjauh nak sampai.. Akhirnya kami selamat sampai di hotel tepat pukul 5:00pm,
Up siket pic hotel aka guesthouse ni.






Hotel ni nama dia 3bees guesthouse. harga boleh tahan la,cuma wifi macam siput sedut. kalau nak p lagi krabi mungkin xduduk sini dah.
Gambar dari bilik ada balkoni,boleh la nak sidai baju kalau mandy laut, sampai ja sini lepas urusan check in selesai,hujan pon turun...sejuk,badan letih ride terus mandy2 dan berehat(tido) kejap. Lepas magrib sambung pula untuk misi cari makan dan tempah untuk tour boat esok.


Selesai magrib Basri dah tunggu di lobi utk keluar ride cari makan,lapar katanya. lastt mkn nasi dekat wang kelian ja.haha.


Makan dekat kedai tepi2 jalan depan masjid ja, bajet sip sikit kat sini,nasi goreng ja makan.
Selessai makan terus p cari agen utk tempah tour boat utk jelajah 9 pulau esok phi-phi island dan kawasan sekitarnya.

Nin dia agen kami,cari punya cari yang ni ja nampak best siket coz dapat naik speed bot, lunch free,lawatan ke 9 pulau,pickup n drop dekat lobi hotel,xpayah risau apa. So 1 kepala dia charge 1000baht. 8am-05pm padat aktiviti.
Selesai suda hari pertama, aku xlarat letih terus balik hotel rehat esok nak bangun awal.
DAY 2 (PULAU KE PULAU) 9HB NOV 2015
Bangun awal subuh orang azan dengar sebab hotel ni dekat dengan masjid. Selesai ja terus turun cari breakfast.


Pagi2 makan nasi macam ni, ada ulam bagai perghhh...tambah 2kali aku,kedai tepi jalan. kat sini aonang banyak kedai muslim. pukul 8 pg waktu siam, kami balik ke hotel untuk tunggu agen dtg ambil utk jelajah pulau. stanby baju mandy lu.


Tunggu dalam 10minit agen mai ambik, naik lori pickup ni, kami peserta awal yg dia ambil, kejap lagi penuh lori ni dengan mat2 salleh ja. Dalam setengah jam kami kami sampai dekat tempat nak naik speed bot tu,cuaca mendung pastu hujan gerimis sikit.
Penuh dengan pelancong suda.



Sampai dekat sini sebelum naik bot, dia bagi taklimat, tulis nama n nama hotel incase nak claim insuran kalau apa2 jadi, agen ni sangat pentingkan KESELAMATAN. Terbaik la.
Naik bot aku dengan syed duduk depan sekali, best, speed bot laju 60km/j kalau ikot gps aku.


Keindahan pulau ciptaan yang Maha Besar, cantik, tapi aku lupa dah nama apa pulau2 ni.



Sebelum lunch berhenti kat pulau ni,dalam 45minit juga la, ramai sangat orang kat sini,xdak apa cuma pulau dia sangat cantik.









Kami berhenti makan lunch halal food di phi2 island, sedap dan selesa, buffet makan free,hentam sampai kenyang.

Abg nazri bob kita mabuk laut katanya.kih3.

Ni gambar lepas lunch, nak snorkeling aku dah nak muntah, dari pagi sampai petang atas laut pulau ke pulau,sangat berbaloi n cantik. Banyak lagi gambar2 xterupload kat sini, so ringkaskan cerita day 2 kami atas bot jer,sampai petang.
Habis turun bot naik lori yang sama ke bilik hotel utk mandy dan berehat, malam ni nak kuar cari makan.

Ni malam kedua kami di sini,dok rancang nak ikot jalan esok,nak balik ikot Hatyai dan Dannok.

Malam kedua lepas makan xdak aktiviti apa2 sebab cuaca macam nak hujan, badan letih mandi laut pon belum hilang, kami tido awal esok nak pulang ke Malaysia dengan selamat.


DAY 3 (PULANG) 10HB NOV 2015

Bangun awal lepas subuh, kami pack2 barang dulu, cek enjin moto dalam keadaan baik.kemudian check out. selesai urusan check out, kami breakfast kedai kelmarin juga, xdinafikan makanan kedai ni sedap.

Selesai makan kami gerak ker pantai Aonang utk bergambar kenangan bersama.
Yang nila tugu peringatan nelayan.haha hentam jela. Janji ada gambar moto kat ikan ni. Benda ni betul2 tgh2 pekan aonang tepi pantai. Lepas selesai selfie bagai, kami gerak pulang dalam pukul 10pg waktu siam.

Dalam perjalan pulang,dari pekan Krabi nak ke Trang kami ikot jalan lain, lagi sedap,banyak corner, kereta lori hampir2 xwujud jalan ni,lagi cepat, sejam lebih sampai Trang. Ada dua Roadblok,tapi Polis siam xtahan. Syukur,kami xnak timbul sebarang masalah. Utk ride ke luar negara-negara bawah ASEAN iaitu negara asia tenggara, kita xperlu Lesen Angtarabangsa. Perkara ni aku dah email ke Thai Embassy di KL utk pertanyaan, sebab ada ura2 polis tahan minta lesen antarabangsa.Tapi utk info Lesen tu xperlu setakat email yang dapat kat aku pada bulan Feb 2016.( Baru lagi). Sapa2 nak aku forward email tu sila maklum.
Berehat di Trang, isi minyak,minum dulu, misi seterusnya bergerak ke Phattalung. Tak jauh dah dekat sikit ja lagi.






Sampai pekan Hatyai, tak singgah cuma isi minyak dan begerak ke pekan Dannok, dalam 40minit sampai Dannok lebih kurang jam 5 petang waktu siam. Selesai Jamak di lorong mesejid, kita pekena dulu daging bakaq abg don..perghh..Cuma start Phatalung ke Hatyai, jalan dah xsedap.lori dan kereta banyak kena  alert n hati2.
Alhamdullilah selamat cross border dan sampai di rumah pukul 8 mlm disambut dengan hujan yang lebat. Rindu kepada Isteri dan anak yang tunggu di rumah dgn rasa yg susah hati.haha.
Keesokkan hari aku masuk kerja, kat office ada orang bisik ajak ride ke Bangkok, pekan Bangkok, betul2 tengah Bangkok. Tudia lagi jauh, Dari melawak akhirnya betul2 kami ride ke Bangkok, HAHAHA. Yang tu episode kedua ada masa lapang aku akan update kat sini panjang cerita juga tu. ok dah BYE.


No comments:

Post a Comment

tips cara penggunaan minyak wangi...jum try...

assalamualaikum n selamat ptg kwn2 blogger sekelian..post entry kali nie berkenaan dgn perfume..aku nie kalo bab perfume..sehari kalo tak 5 ...