Tuesday 17 July 2018

Jalan Jalan Mencari Pengalaman


Thursday, May 17, 2018 

Siem Reap Pt 6 - Angkor


        Tujuan kami ke Siem Reap bukanlah kerana beriya sangat nak ke Angkor Wat tu. Cuma nak jalan-jalan saja. Kami dah beritahu pada Nasir tentang itu. Katanya tak ada masalah. Kita boleh masuk secara percuma di Kompleks Angkor Wat selepas jam 5.30 petang. Ramai orang yang ambil kesempatan ini. Begitu juga penduduk tempatan. Cuma masanya agak pendek kerana hari cepat menjadi gelap. Bayaran masuk ke Angkor agak mahal sekarang ni iaitu US$37. Kami hanya sempat berfoto di Angkor Wat dan Angkor Thom tapi tak rasa terkilan langsung. Pilihan di tangan masing-masing. Boleh saja kalau nak pergi ke semua tempat tapi kena mengulang ke sini setiap petang. Kedudukanya pun tak berapa jauh dari bandar Siem Reap.




Selepas jam 5.30 petang boleh masuk secara percuma. 
Ramai yang cuma bersantai.

 Bangunan yang dulunya merupakan perpustakaan terletak di bahagian hadapan. 
Pintu gerbang untuk masuk ke kawasan kompleks Angkor.


Ramai yang mula balik tapi baru nak masuk. 

Seakan bentuk candi Prambanan di Jogjakarta. 






Sempat jugalah kami berfoto sebelum menjelang senja. Cuaca hari itu pun agak baik jadi dapatlah kami bersunset sebelum keluar. Masa yang diberikan untuk waktu percuma ialah sejam. Ada pengawal yang mengarahkan pengunjung keluar menggunakan hailer. 











Makan malam kali ini di Wau Restaurant. 



Sempat singgah di pasar malam yang terletak di seberang sungai sebelum balik ke hotel. 

No comments:

Post a Comment

tips cara penggunaan minyak wangi...jum try...

assalamualaikum n selamat ptg kwn2 blogger sekelian..post entry kali nie berkenaan dgn perfume..aku nie kalo bab perfume..sehari kalo tak 5 ...